Wednesday 6 April 2011

Minum pagi di IAB U

Jalan terus ke cafe.Tolak daun pintu, keriau dengan nyaring.Maaf dah lama tidak diminyaki.Depa kalut.Masuk dalam cafe, beratur tunggu giliran.Pinggan mangkuk, cawan dan piring disusun kemas. Persediaan yang baik.Ceduk dan kepit ' 1 jenis kuih 1 orang sahaja'. Amaran! jangan minum kopi lebih gula.Dua keping kuih dan secawan kopi atas meja bulat, bucu kiri dekat meja hidangan.Sembang isu semalam.Kisah mamat jatuh bangunan, kisah tok mufti bincang fatwa,harga saham di tv merudum.TV1 sampai semua TV tajuk PRN Sarawak.Seronok rakyat dapat secupak nasi tapi sang penguasa agih dana.Opp! jangan lebih. Kalut sebab majlis nak tutup.Pensyarah ' guru' sedia pukul loceng nak jalan terus kuliah.Masa suntuk, cuaca redup,angin sepoi-sepoi dan lewat petang ada hujan renyai.Hari 'last' ingat anak isteri, kerja banyak dinanti, laporan dan PM SPM perlu dihalusi.IA U sangat gagah, petak parkir ketat dengan moil luar, besar kecil serta mewah.

Pagi yang suram di IAB U.

Wau! hari last kursus di sini. Semua angkut beg di lemari kaca lama.Sangkut baju baharu di bucu pintu.Kasut dan selipar robek bungkus beg paltik rejek dari Penang. Sejadah hijau pucuk pisang di sangkut di penyidai senget, besi dan paku robek,hitam bekas api welding masih ada. Depa kalut.Tak sempat cat semula.Bilik mandi susun kemas, cebuk plastik hijau terapung dalam kolah, paip siram hujan tanpa kelapa pancur. Susun dan kemas katil, bantal keras tapi baharu diletak dengan baik.Tepuk kiri dan kanan, atas bawah, kalau dapat jemur lagi baik, tapi tingkap tak ada ruang. Lemari atas bawah di bersih, gabus semua habuk debu, tonyoh semua karat dan calar yang ada.Cermin suluh muka direnung, tapi tak ubah apa-apa. Esok aku balik.Kipas angin,lampu atas,tepi dalam dan luar semua tutup mati.Peti sejuk kecil kosong, dahaga malam tadi masih ada, sayang tak ada apa-apa yang boleh telan.Pusing badan atas katil, golek dan guling cari komputer sendiri.Sambung kabel,tekan 'on' tapi tak ada rangakaian.Turun ke lobi cari pembantu residen, tak ada orang.Langut tengok jam pukul 2.00 pagi.Gambar PM,Agong,sultan dan TPM masih ada .Sama macam kelmarin.  Sambung..... esok.

wau.. syoknya

wau...! esok balik rumah.IAB Utara memang sangat asing.Residen segak dihias,Pasu dan rumpun bunga gagah dipenjuru lobi.Tarik beg