Wednesday 6 April 2011

Minum pagi di IAB U

Jalan terus ke cafe.Tolak daun pintu, keriau dengan nyaring.Maaf dah lama tidak diminyaki.Depa kalut.Masuk dalam cafe, beratur tunggu giliran.Pinggan mangkuk, cawan dan piring disusun kemas. Persediaan yang baik.Ceduk dan kepit ' 1 jenis kuih 1 orang sahaja'. Amaran! jangan minum kopi lebih gula.Dua keping kuih dan secawan kopi atas meja bulat, bucu kiri dekat meja hidangan.Sembang isu semalam.Kisah mamat jatuh bangunan, kisah tok mufti bincang fatwa,harga saham di tv merudum.TV1 sampai semua TV tajuk PRN Sarawak.Seronok rakyat dapat secupak nasi tapi sang penguasa agih dana.Opp! jangan lebih. Kalut sebab majlis nak tutup.Pensyarah ' guru' sedia pukul loceng nak jalan terus kuliah.Masa suntuk, cuaca redup,angin sepoi-sepoi dan lewat petang ada hujan renyai.Hari 'last' ingat anak isteri, kerja banyak dinanti, laporan dan PM SPM perlu dihalusi.IA U sangat gagah, petak parkir ketat dengan moil luar, besar kecil serta mewah.

No comments:

Post a Comment